Friday 8 July 2011

AURA SERI

PRODUK AURA SERI


Harga pasaran : RM68.00
Harga My Lovely Stall : RM59.00


Aura Seri telah dianugerahkan pengiktrafan antarabangsa oleh International Institute of Health Science sebagai satu produk yang sangat berkesan dan diperakui oleh pengamal-pengamal kesihatan. Aura Seri adalah produk yang boleh digunakan dalam pelbagai keadaan termasuk dalam keadaan kecemasan. Kita sebagai masyarakat Melayu mempercayai bahawa mandi bunga adalah amalan untuk mendatangkan seri wajah dan membuang malang. Berkurun-kurun dahulu masyarakat kita telah mengamalkan budaya mandi bunga. Sebagai alternatifnya, Aura Seri adalah penganti kepada amalan ini dan ianya sesuai digunakan pada masa kini.

Aura Seri dapat memberikan kekuatan diri daripada unsur-unsur halus dan negatif. Tidak dinafikan bahawa masyarakat kita percaya kepada sihir, dengan penggunaan Aura Seri ianya dapat menguatkan diri pemakai dari unsur-unsur seperti ini. Aura Seri juga dapat digunakan untuk merawat luka-luka kecil yang berlaku dan dapat menghentikan pendarahan kecil dan dapat mengelakkan parut.

Cara penggunaan Aura Seri pula adalah mudah dan ianya boleh digunakan dengan pelbagai cara. Anda boleh menggunakan ketika sedang mandi dengan menitiskan ia ke dalam air mandian. Sekiranya anda bekerja, ianya boleh dibawa dan anda boleh menyapukan Aura Seri ini kepada wajah anda. Ia secara tidak langsung akan merembeskan aroma kepada anda dan menjadikan hari-hari anda di tempat kerja akan bertambah baik. Titikkan 3-7 titis untuk alami mandian kerohanian yang menakjubkan adalah menyamai kekuatan mandi bunga yang mampu membersihkan aura anda yang kotor, busuk, bocor, panas, kusam serta tidak bermaya yang menyebabkan wajah anda suram, pucat, tiada seri, kurang keyakinan diri, malang asyik menimpa diri, murung, stress, serta kurang diminati.

Kebaikan Aura Seri

Berikut adalah antara kebaikan menggunakan Aura Seri :
  • Menaikkan seri wajah
  • Meningkatkan proses awet muda
  • Memberikan ketenangan ke tahap alpha
  • Memelihara kesabaran dan kerohanian diri dalaman
  • Tampil lebih berkeyakinan dan bekarisma tinggi
  • Menguatkan daya penarik anda
  • Menstabilkan emosi, spiritual, mental dan fizikal
  • Mengubah personaliti dan pemikiran ke arah yang lebih positif
  • Meredakan stress dan kemurungan
  • Membantu tidur nyenyak ke tahap Delta
  • Mengharumkan aura tubuh anda
  • Perlindungan psikik dan gangguan unsur-unsur asing
  • Meningkatkan kecerdasan keharmonian diri yang tinggi

Bunga Dalam Penghasilan Aura Seri








Cara Penggunaan Aura Seri

Aura Seri boleh digunakan dengan pelbagai cara. Ia boleh diamalkan dengan mandian rendaman. Caranya ialah titiskan Aura Seri ke dalam tab mandian sebanyak 7 titik dan anda boleh berendam selama 20 minit di dalamnya. Kemudian air mandian tadi haruslah dibuang kerana ianya tidak boleh digunakan untuk orang lain.

Seterusnya Aura Seri boleh digunakan sebagai bilasan terakhir. Caranya ialah mandi dahulu seperti biasa. Selepas selesai, titikkan aura seri ke dalam baldi berisi air sebanyak 3-5 titik. Biarkan selama 2-3 minit dan anda boleh menggunakan air itu sebagai bilasan terakhir anda. Sekiranya anda mempunyai kolah mandi, titikkan sahaja Aura Seri ke dalam kolah mandian sebanyak 3,5 atau 7 titik. Anda boleh mandi seoerti biasa menggunakan air tersebut.

Cara yang paling mudah ialah sapuan pada wajah. Sebelum tidur, pastikan muka dicuci dahulu. Semasa muka dan tapak tangan basah, titikkan Aura Seri setitik di tapak tangan. Gosokkan tapak tangan dan sapukan pada wajah. Setiap kali penggunaan Aura Seri haruslah disertakan dengan niat yang positf.

*Penggunaan yang berterusan amatlah digalakkan.


Harga pasaran : RM78.00
Harga My Lovely Stall : RM66.00

Kebaikan Produk Aura Seri Nur

Aura Seri Nur merupakan adunan formulasi terbaik daripada minyak pati bunga-buangaan terbaik untuk 1001 permasalahan wanita hari ini. Antara kebaikkannya:
  • Kesan terapeutik pati bunga-bungaan mampu memberikan keharuman dan kesegaran berpanjangan ssepanjang hari
  • Mencerah dan membangkitkan NUR di wajah anda
  • Menyingkirkan tenaga negative lalu membangkitkan tenaga getaran positif
  • Memberikan ketenangan, keharmonian, kestabilan dan kecerdasan emosidan minda
  • Mencantikkan, menegang, merawat dan mencerahkan kulit
  • Kesan keseimbangan pada sistem hormon dalaman wanita
  • Membantu meningkat sistem kesuburan
  • Membangkitkan semangat dan meningkatkan kecerdasan minda dan emosi
  • Membantu mengawal selera makan, lebihan air dalam badan, toksin dalam badan dan berat badan
  • Membantu mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti
  • Menyerlahkan karisma, inspirasi, potensi, pesona dan daya penarik wanita
  • Dapat membantu merehatkan otot-otot wajah berpunca daripada stress dan dapat melambatkan proses penuaan (awet muda)
  • Membantu merawat segala permasalahan dalaman kesihatan wanita
  • Dapat meningkatkan system imunisasi dan menghindari daripada jangkitan kuman
  • Membantu mengatasi perasaan gemuruh, panik dan cemburu
  • Membantu mengatasi kemurungan selepas bersalin

Cara Penggunaan Aura Seri Nur

Untuk Mandian Aura
  • Titiskan 3-7 titik AURA SERI NUR ke dalam kolah mandi/baldi selama 5 minit. Kemudian mandi (bilasan terakhir) disertakan dengan niat yang positif. Selain itu AURA SERI NUR boleh digunakan untuk rendaman. Titiskan 3-7 titik ke dalam tab mandian. Biarkan seketika sebelum berendam. Setiap mandian Aura haruslah disertakan dengan niat positif dan keyakinan serta kepercayaan yang tinggi
Untuk Penyeri Wajah
  • Disyorkan pemakaian dua kali sehari iaitu di sebelah pagi dan sebelum tidur. Basahkan muka telinga, dan rambut dahulu dengan air zam-zam atau air kelapa muda untuk kesan yang lebih baik. Titiskan 3-7 titik AURA SERI NUR di tapak tangan. Gosok dan sapukan rata ke seluruh bahagian muka dan kepala anda.
*Untuk kegunaan luaran sahaja





Harga pasaran : RM88.00
Harga My Lovely Stall : RM75.00

Ramai orang keliru dan sering menganggap Aura Genius adalah khusus untuk kanak-kanak. Sebenarnya formula AuraGenius adalah untuk kegunaan semua golongan iaitu kanak-kana dan juga orang dewasa. Ianya adalah untuk mencerdaskan minda dan membentuk perkembangan diri yang positif. AuraGenius mempunyai frekuensi tenaga yang sesuai untuk otak dan ianya akan melambatkan proses penuaan. Sekiranya anda mengambil AuraGenius setiap hari, maka ia akan menstabilkan otak anda kepada tahap yang tinggi.

Selain dari meningkatkan daya kreativiti ia juga dapat membina daya ketahanan diri yang kental. AuraGenius mempunyai warna-warna yang kelat seprti lotus atau teratai. Konsep penggunaan AuraGenius adaah sama dengan AuraSeri. Adunan minyak pati bunga-bungaan terpilih yang dipertenagakan dengan 'Lotus Energy' ini khusus bagi merangsang 'Crown Chakra' dibahagian otak mampu membuka minda anak anda semekar teratai lagi harum, memperbaiki daya ingatan, menajamkan daya tumpuan, meningkatkan tahap keyakinan diri dan membina jati diri. AuraGenius yang dipertenagakan lagi dengan butiran tenaga kristal di dalam setiap botol mampu mengerakkan atom di bahagian otak supaya daya kuasa minda anak anda terangsang lalu mencetuskan ilham. Menggunakan otak kiri dan kanan, pengaliran tenaga minda yang lancar serta membuka aliran tenaga cakera yang tersumbat di bahagian crown chakra (kepala) yang menyebabkan anak-anak lemah, tidak bersemangat, lembab, malas berfikir, negatif, degil, tidak berdaya saing serta tidak berkeyakinan.

Aura Genius adalah satu-satunya formula istimewa yang mampu membangunkan SQ (Spiritual Intelligence) iaitu kecerdasan kerohanian anak anda yang tinggi disamping membina personaliti unggul.

Kebaikan Aura Genius

Berikut adalah antara kebaikan menggunakan Aura Seri :
  • Mengembalikan semangat ingin belajar
  • Membuka minda dan menjernihkan fikiran
  • Membuka ilham dan kreativiti
  • Menguatkan daya ingatan
  • Mencerdaskan daya pemikiran sihat
  • Keupayaan berfikir yang tinggi
  • Menguatkan daya tumpuan
  • Mempunyai minda yang positif yang cemerlang
  • Meningkatkan kuasa imaginasi dan visualisasi
  • Mempunyai daya saing dan jati diri yang tinggi
  • Mempunyai tahap keyakinan dan kepercayaan yang tinggi
  • Meningkatkan kecerdasan kerohanian
  • Membina personaliti yang cemerlang dan unggul

Bunga Dalam Penghasilan Aura Genius








Cara Penggunaan Aura Genius

Setiap cara penggunaan Aura genius adalah sama dengan Aura Seri. Cuma Aura genius tidak perlu digunakan untuk rendaman. Aura genius juga bolah disapu pada wajah. Masih sama dengan penggunaan Aura seri.

Cumanya Aura genius bagi kegunaan kanak - kanak yang mempunyai masalah lemah semangat, ia perlulah dipakai dengan cara menggosokkan kepala yang telah dibasahkan sedikit dan melakukan urutan dari bawah lehernya ( bahagian belakang ) urut naik ke atas kepala (ubunnya) berturut - turut sebanyak 3 kali beserta dengan keyakinan dan niat yang positif.

Manakala anak - anak yang terlalu aktif pula harus melakukan cara yang sama cuma, urutan tersebut dilakukan dari atas ubunya sapu kebawah hingga ke tengkoknya. Dilakukan sebanyak 3 kali berturut - turut beserta keyakinan dan niat yang positif.

*Penggunaan yang berterusan amatlah digalakkan.




Apa itu Aura???

Aura, atau juga dikenali dengan nama Energy Body, Bioplasmic, Pranic Body, Qarin, Vital Body, Etheric Body atau Tubuh Pendua secara asasnya adalah visual satu bentuk tenaga badan/diri yang terpancar dan mengelilingi tubuh kita dalam arah berlawanan jam dari ubun kepala dan berputar sehingga ke hujung kaki dengan 7 kelenjar utama tubuh sebagai pusat putaran. Jaluran tenaga elektomagnetik ini mengelilingi tubuh fizikal kita dan mempunyai warna-warna yang tersendiri dan individu yang mempunyai Aura yang baik adalah individu yang mempunyai aura yang berbentuk oval yang cantik, berwarna pelangi (7 warna) dan juga bersaiz besar.

Jenis-jenis Aura

Terdapat 4 jenis aura yang utama. Di antaranya adalah:
  • Aura yang seimbang (gambar)
  • Aura tekanan, kerja keras dan kebijaksanaan (gambar)
  • Aura emosi yang kuat, pemarah dan perungus (gambar)
  • Aura spiritual (gambar)

Penghasilan Aura Seri dan Aura Genius

Menyedari potensi perniagaan dan atas tujuan mendidik masyarakat mengenai sains baru ini, pihak Positive Image Resources telah mengambil langkah dinamik dan inisiatif menjadi perintis teknologi Aura nombor satu di Malaysia ini dan seterusnya memperkenalkan satu-satunya produk yang telah diuji secara klinikal di pusat penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa daripada International Institute of Health Science, Open International University for Alternative Medicine dan juga Positive Life Foundation yang terbukti dapat membantu memperbaiki dan mengekalkan Aura positif seseorang selain dari digunakan secara meluas bagi wanita dan juga lelaki sebagai produk kecantikan.

Aura Seri dihasilkan dengan gabungan 7 jenis minyak pati bunga yang diekstrak secara semulajadi yang mewakili 7 warna dan frekunsi yang dipertenagakan dengan butiran Kristal terpilih, garam Kristal bermutu tinggi, tenaga bunga emas dan juga tenaga alam semesta. Selain baik untuk meningkatkan mutu Aura seseorang, Aura Seri juga sinonim dengan 1001 kahsiatnya dan telah dimanfaatkan oleh ribuan pengguna yang berjaya mengubah personaliti dari negatif ke positif dan menjalani kehidupan yang lebih baik selain sinonim dikalangan kaum wanita sebagai produk kecantikan yang membantu menyerlahkan seri wajah mereka. Selain dari itu, Aura Seri juga boleh digunakan untuk tujuan penyembuhan luka kecil dan kecederaan minyak panas selain dari resdung. Aura Seri juga sesuai untuk digunakan sebagai medium Aromatherapy dan juga melegakan stress dan merupakan rahsia kesempurnaan untuk kehidupan yang lebih positif.




No comments: